Diabetes dan Perjalanan

(diubahsuai dari Australian Diabetes Council Diabetes –What you need to know Chapter 21 oleh Diabetes NSW, Sydney, Australia. © 2015)

 

Menghidap diabetes tidak bermakna anda tidak boleh melakukan perjalanan lagi. Rancang lebih awal.

Bincangkan rancangan perjalanan anda dengan doktor anda atau pendidik diabetes. Bincangkan pelarasan ubat untuk keadaan yang mungkin dihadapi seperti merentasi zon masa, ataupun mengalami cirit-birit dan/ atau loya.
Bawa beberapa salinan surat yang ditaip dan ditandatangani oleh doktor anda yang menggariskan pelan pengurusan diabetes anda, ubat-ubatan, alat-alat yang anda gunakan untuk memberi ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan untuk menguji paras glukosa darah anda. Anda juga perlu membawa preskripsi untuk semua ubat (yang jelas memperincikan nama anda), alamat doktor, nama dan jenis ubat serta nama dan alamat yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
Jika boleh, pakai sebarang bentuk pengenalan yang menyatakan anda menghidap diabetes.
Bawa tambahan jalur ujian, insulin, pen dan peralatan diabetes yang lain yang anda perlukan untuk perjalanan tersebut. Jika boleh, bawa pek meter ganti bagi sebarang kehilangan atau kerosakan.
Bergantung kepada perjalanan dan destinasi, anda mungkin perlu mempertimbangkan mengambil pek perjalanan terlindung untuk insulin anda.
Simpan insulin, pen dan peralatan ujian dalam bagasi tangan anda. Jangan letakkan insulin dalam bagasi biasa yang akan diletakkan di bahagian kargo kerana ia bukan suhu terkawal. Insulin mungkin rosak atau hilang. Apabila menaiki penerbangan, rujuk syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk garis panduan keselamatan tertentu.
Peraturan kastam berbeza bagi setiap negara jadi anda dinasihatkan menghubungi kedutaan negara yang anda lawati sebelum memulakan perjalanan.
Beberapa vaksin tertentu adalah digalakkan bagi sesetengah negara. Maklumat tentang vaksin boleh diperoleh daripada doktor anda.
Kerisauan/ tekanan sesebuah perjalanan atau perubahan dalam rutin boleh memberi kesan terhadap tahap glukosa darah anda, jadi anda mungkin perlu memeriksa tahap glukosa darah anda lebih kerap.
Hubungi syarikat penerbangan anda tentang waktu makan dan makanan yang disediakan semasa penerbangan. Anda digalakkan membawa bekalan karbohidrat segera bagi sebarang kelewatan pemberian makanan tidak dijangka atau jika anda tidak menyukai makanan yang dihidangkan. Jika anda mengambil insulin dengan makanan, jangan ambil insulin anda sehingga hidangan anda tiba.
Untuk mengelakkan pembekuan darah, bergerak dalam kabin secara berkala dan lakukan senaman duduk. Minum banyak air. Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk memakai stoking sokongan.
Jika anda memandu jarak jauh, pastikan anda berhenti dengan kerap dan memeriksa tahap glukosa darah anda sebelum dan semasa perjalanan.
Bawa kit pertolongan kecemasan kecil bersama-sama sekiranya berlaku penyakit atau kecederaan yang tidak serius.

DI DESTINASI ANDA

  • Periksa paras glukosa darah anda lebih kerap kerana beberapa perbezaan (rutin, makanan, tekanan) boleh memberi kesan terhadap paras glukosa darah anda. 
  • Pilihan makanan mungkin berbeza berbanding di rumah. Anda perlu mengekalkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan biskut. Jika anda akan ke luar negara, lakukan sedikit penyelidikan sebelum anda bertolak untuk membantu anda membuat pilihan makanan yang sesuai.
  • Awasi pilihan makanan dan minuman, terutamanya di negara sedang membangun di mana kebersihan makanan mungkin tidak mencukupi. Air minuman dalam botol adalah lebih baik walaupun untuk memberus gigi.
  • Lindungi kulit anda daripada terselar oleh matahari, ruam sejuk atau rosak fros (chilblain).
  • Jangan berjalan dengan berkaki ayam. Berhati-hati dengan pasir panas dan laluan pejalan kaki. Periksa kaki setiap hari.

Insurans perjalanan amat digalakkan. Jika anda sudah mempunyai insurans kesihatan, pastikan ia meliputi keadaan yang mungkin terjadi berkaitan diabetes. Jangan lupa untuk membawa kad insurans bersama anda.

Sumber informasi lain bagi orang awam

Kencing manis ketika hamil dari sebelum mengandung hingga selepas bersalin 

https://www.nice.org.uk/guidance/
ng3/ifp/chapter/About-this-information
 

Kencing manis jenis 2, apa yang anda perlu tahu.

https://www.nice.org.uk/guidance/
ng28/ifp/chapter/Type-2-diabetes-the-care-you-should-expect
 

Kencing manis jenis 1 di kalangan dewasa, apa yang anda perlu tahu.

https://www.nice.org.uk/guidance/
ng17/ifp/chapter/Type-1-diabetes-in-adults-the-care-you-should-expect
 

Leave a Reply