Ketika Mengandung
Aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan mengikut rangka kerja DoTTI: Design and development, Testing early iterations, Testing for effectiveness, and Integration and implementation (Reka Bentuk dan pembangunan, Pengujian lelaran awal, Pengujian untuk keberkesanan, dan Penyepaduan dan pelaksanaan), berdasarkan teori Roda Keupayaan, Peluang, Motivasi dan Kelakuan. Kandungan aplikasi ini telah dikenalpasti melalui temubual bersama wanita hamil dengan kencing manis (GDM) dan perawat kesihatan berlandaskan garis panduan dan bukti saintifik yang terkini. Aplikasi ini telah menjalani ujian alfa dan beta dengan menggunakan Skala Penilaian Apl Mudah Alih (Mobile App Rating Scale) dan Skala Kebolehgunaan Sistem (System Usability Scale).
Objektif Aplikasi
Kajian Diabetes GestatiOnal Malaysia dan Pencegahan Kajian DiabetES Malaysia (MYGODDESS) bertujuan untuk membangunkan dan menguji kebolehlaksanaan sebuah intervensi pencegahan diabetes dalam bentuk digital (Digital Diabetes Prevention Intervention) yang innovatif, serta sesuai dengan budaya wanita Malaysia yang menghidap diabetes mellitus (GDM) semasa hamil.
Terdapat 2 aliran kerja dengan objektif keseluruhan untuk mengurangkan risiko diabetes jenis 2 (T2D) pada wanita dengan GDM di Malaysia. Di samping itu membangunkan aplikasi telefon pintar yang inovatif, kami juga akan membangunkan program latihan bersama penglibatan awam.

Direka Khas Untuk
Semasa Mengandung Dan Selepas Kelahiran
Semasa Mengandung
Ibu dengan GDM sangat bimbang mengenai cara untuk menjaga bayi dan diri mereka sendiri dan pencarian maklumat di web boleh menyebabkan lebih banyak kekeliruan. Aplikasi MyManis disesuaikan dengan keperluan khas kedua-dua ibu dengan GDM dan bayi mereka untuk memastikan ibu dapat mencapai tahap gula darah sasaran mereka. Kandungannya termasuk resipi sihat yang disediakan oleh pakar diet bertauliah untuk ibu mencuba, video senaman yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil seperti yang ditunjukkan oleh ahli fisioterapi bertauliah dan banyak lagi maklumat mengenai perjalanan kehamilan dengan GDM yang disediakan oleh doktor pakar khas untuk ibu.
Selepas Kelahiran
Semua ibu selepas mengandung pasti ingin menurunkan berat yang naik ketika mengandung. Bahagian ini dalam aplikasi MyManis, akan membimbing ibu untuk mengurangkan berat tambahan tersebut dengan selamat dan berkesan tanpa menjejaskan penyusuan bayi anda. Saranan pemakanan sihat dan resipi adalah berdasarkan keperluan penyusuan dan terdapat juga senaman yang mesra bayi supaya anda tidak perlu risau untuk meninggalkan bayi anda ketika hendak bersenam. Anda boleh mengakses lebih banyak maklumat seperti perancangan keluarga dan lain lain, yang amat berguna sepanjang perjalanan anda sebagai ibu bapa
Ciri Ciri utama Aplikasi MyManis
Aplikasi ini bertujuan sebagai langkah pencegahan diabetes digital. Ia direka khas oleh pakar tempatan dalam pelbagai bidang untuk membantu wanita Malaysia yang didiagnosis dengan kencing manis ketika hamil dalam menguruskan keadaan kencing manis ketika mereka semasa hamil dan juga membimbing perjalanan penurunan berat badan mereka selepas kehamilan
Testimoni Pengguna
Muat Turun Aplikasi MyManis
Muat turun aplikasi sekarang