Mengenai Aplikasi MyManis

Cerita Kami

Wanita dengan kencing manis ketika hamil berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis (jenis 2). Aplikasi mobil menawarkan intervensi kesihatan yang berkos rendah serta fleksibel dalam menyediakan sokongan pencegahan diabetes untuk wanita ini

Aplikasi ini telah dibangungkan mengikut rangka kerja DoTTI (Design and develOplement, Testing early iterations, Testing for effectiveness, and Integration and Implementation) dan dipandu oleh Capability, Opportunity Motivation and Behaviour serta Behaviour Change Wheel theories. Kandungan tentang keperluan dikenal pasti daripada temu bual dengan wanita GDM dan penyedia penjagaan kesihatan berdasarkan garis panduan berasaskan bukti terkini. Aplikasi ini menjalani ujian alfa, dan beta menggunakan ‘Mobile App Rating Scale’ dan ‘System Usability Scale’.

Pengalaman, halangan dan fasilitator dalam intervensi pencegahan diabetes dianalisis secara tematik (16 wanita GDM dan 30 perawat kesihatan) dan telah dimasukkan ke dalam aplikasi dalam pembangunan aplikasi. Dalam ujian alfa dan beta, kebanyakan peserta (14 wanita GDM dan 12 perawat kesihatan) telah melaorkan aplikasi ini sebagai menarik dan interaktif. Enam peserta mencadangkan keperluan untuk panduan menggunakan aplikasi. Antara cadangan penambahbaikan termasuk: lebih banyak resipi tempatan, senaman mesra bayi, dan bahagian sebelum dan selepas bersalin perlu lebih jelas. Aplikasi ini akhirnya mengandungi informasi berkaitan GDM, pemilihan resipi yang mengandungi kandungan nutrisi serta kaedah penyediaan yang sesuai dengan budaya tempatan, pertukaran karbohidrat yang sesuai dengan keperluan tenaga, informasi serta video senaman, kesihatan mental, ubat ubatan dan pemantauan kesihatan (berat, bacaan glukos darah serta bacaan tekanan darah), interaksi Bersama perawat kesihatan, bahgian berita, soalan yang kerap ditanya chatbot serta mesej yang mengandungi unsur unsur ‘motivational interviewing’.

Aplikasi MyManis

Aplikasi mudah alih MyManis telah berjaya dilancarkan. Aplikasi MyManis sedang dalam fasa kajian RCT kemungkinan keberkesanannya terhadap hasil kesihatan yang penting