Diabetes dan Kaki Anda
(diubahsuai dari Australian Diabetes Council Diabetes –What you need to know Chapter 17 oleh Diabetes NSW, Sydney, Australia. © 2015)
Diabetes mungkin memberi kesan pada kaki dalam 2 cara.
Pertama, saraf yang membolehkan anda berasa sakit, suhu dan yang memberi amaran awal kemungkinan berlaku kecederaan, berkemungkinan rosak.
Kedua, bekalan darah ke bahagian kaki mungkin berkurang akibat saluran darah tersumbat. Kerosakan terhadap saraf dan saluran darah mungkin berlaku jika anda menghidap diabetes untuk jangka masa yang panjang, atau jika paras glukosa darah terlalu tinggi untuk tempoh yang terlalu lama.
Pesakit diabetes digalakkan menjalani pemeriksaan oleh ‘podiatrist’ atau doktor sekurang-kurangnya setiap 6 bulan. Mereka akan memberi nasihat tentang perkara yang perlu dilakukan dan rutin penjagaan harian bagi mengurangkan risiko kecederaan dan komplikasi.
Anda juga perlu memeriksa kaki anda setiap hari bagi mengesan sebarang masalah.
- Jaga paras glukosa darah dalam julat yang dinasihati doktor.
- Tingkatkan peredaran darah ke bahagian kaki anda dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan.
- Ketahui kaki anda
– Lihat kaki anda setiap hari. Gunakan cermin jika perlu. Periksa di celah-celah jari anda.
– Basuh kaki anda menggunakan air suam (bukan panas) setiap hari, dengan sabun yang lembut.
– Jangan sesekali merendam kaki anda.
– Gunakan pelembap untuk mengelakkan kulit kering.
– Potong kuku kaki jika anda dapat melakukannya dengan selamat. Potong rentas lurus—bukan melengkung di bucu—dan buangkan tepi yang tajam. - Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti anda. Pastikan stoking tidak berkedut.
- Sentiasa periksa kasut anda jika ada kesan haus di bahagian luar dan sebarang benjolan di bahagian dalam. Elakkan mendapat kecederaan di kaki dengan memakai kasut atau selipar di dalam rumah dan di pantai atau di kolam renang.
- Elakkan terkena barangan yang terlalu panas atau terlalu sejuk seperti botol air panas, pemanas air, selimut elektrik, pasir/ jalan panas dan air mandi yang panas.
- Pakai but yang dapat melindungi kaki supaya kekal hangat pada hari yang sejuk.
- Ubat untuk kematu dan pelapik berubat akan menyebabkan kulit melecet.
JANGAN merawat kematu sendiri—jumpa ‘podiatrist’ anda atau pengamal perubatan kesihatan. - Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin jika anda mengesan sebarang perubahan atau masalah dengan kaki anda.