10 Tips Pemakanan Bagi Orang Yang Menghidap Diabetes
(diubahsuai dari Singhealth patient information leaflet and American Diabetes Association Toolkit No. 8)
Menghidap diabetes tidak bermakna menghalang diri anda dengan makanan yang anda suka. Ikuti 10 tips diet ini, dan anda masih boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan hidup secara sihat pada masa sama
1. Ketahui karbohidrat andaSemakin ringkas karbohidrat (eg. gula), semakin cepat glukosa yang akan dilepaskan ke dalam aliran darah anda dan menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah. Makanan berkanji |
2. Pengambilan buah secara sederhanaWalaupun buah-buahan membekalkan vitamin, mineral dan serat, buah juga mengandungi gula dan perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada keperluan karbohidrat anda. (eg. roti gandum lengkap, beras, mi) sebaliknya memberi paras tenaga yang lebih mampan dan lebih baik untuk mengawal selera makan. |
3. Pastikan anda makan serat yang mencukupiSayur-sayuran, terutama yang berdaun, adalah sumber serat yang sangat baik yang membantu melambatkan penyerapan glukosa oleh badan dan mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah selepas anda makan. Sumber lain termasuklah kacang, bijirin lengkap, beras perang dan buah-buahan. Walaubagaimanapun, ambil perhatian bahawa ini juga dikira sebagai karbohidrat. |
4. Agihkan pengambilan karbohidrat secara sama rataPengambilan makanan yang teratur adalah penting untuk pengurusan diabetes yang betul. Elakkan meninggalkan waktu makan kerana ini akan menyebabkan anda berisiko mengalami hipoglisemia. |
5. Ambil makanan yang mengandungi proteinMakanan yang kaya dengan protein seperti ayam dan ikan tidak mengandungi karbohidrat jadi ia tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah anda. Walaubagaimanapun, sesetengah makanan mengandungi kombinasi protein dan karbohidrat. Contohnya, produk tenusu dan makanan protein berasaskan tumbuhan seperti kacang, kacang dal dan kacang merah, akan menambah kepada pengambilan karbohidrat dan perlu dikira sebagai sebahagian daripada keperluan karbohidrat anda. |
6. Awasi karbohidrat yang terkandung dalam minumanPilih teh, kopi atau air tanpa gula, berbanding minuman dalam tin, yang kebiasaannya mengandungi gula berlebihan. Jika anda minum alkohol, hadkan jumlah dan gabungkan dengan makanan kerana minuman beralkohol akan meningkatkan risiko hipoglisemia. |
7. Jangan mengelak daripada tidak mengambil karbohidrat langsungKarbohidrat seharusnya menyediakan separuh daripada keperluan tenaga anda dan adalah sangat penting dalam mana-mana pelan makanan sihat. |
8. Kurangkan berat badanSemakin tinggi berat badan anda, semakin tinggi risiko diabetes anda. Berusaha untuk mengekalkan indeks jisim badan (BMI) dalam julat yang sihat dengan mengikuti diet sihat dan melakukan senaman. |
9. Jangan terperangkap dengan “makanan ajaib”Anda mungkin terjumpa dalam laman-laman web yang menyatakan makanan (eg. teh hijau, susu soya), dapat memberi penyelesaian ajaib dalam mengawal gula dalam darah. Setakat ini, penyelidikan perubatan masih belum membuktikan terdapat makanan ajaib seperti itu wujud. |
10. Dapatkan bantuan pakar pemakananMemang mudah untuk berasa tenggelam dan keliru dengan semua maklumat diet yang boleh didapati. Berunding dengan pakar pemakanan dapat membantu anda menghapuskan mitos dan lebih memahami keperluan karbohidrat anda. |
Bukan hanya apa yang ada di dalam pinggan anda, tetapi berapa banyak. Separuh pinggan anda perlu dipenuhi sayur-sayuran atau salad, manakala sebahagian pinggan lagi dibahagikan untuk makanan berprotein seperti daging, ikan, telur atau kacang dan makanan karbohidrat berkanji.
Buat Pilihan Makanan dengan Bijak: Lindungi Jantung Anda
Bagaimana pilihan makanan yang bijak membantu menjaga jantung dan saluran darah yang sihat?
Diabetes meningkatkan peluang anda untuk serangan jantung atau strok. Membuat pilihan makanan yang bijak juga boleh membantu anda menurunkan berat badan dan menjaga paras glukosa darah yang dikehendaki. Makan makanan secara kebiasaan dalam jumlah yang kecil turut dapat membantu.
Makan lebih | Kurangkan |
Bijirin lengkap
|
Makanan yang mengandungi lemak tepu
|
Sayuran dan buah
|
Makanan yang mengandungi lemak trans
|
Lemak yang sihat untuk jantung (Tidak terlalu berlebihan)Pilih jenis lemak yang boleh membantu menurunkan kolesterol anda. Tetapi perlu diingat bahawa semua lemak berkalori tinggi. Jika anda cuba untuk menurunkan berat badan, pastikan mengambil hidangan dalam jumlah yang kecil.
|
Makanan tinggi kolesterol
|
IkanMakan ikan 2 hingga 3 kali seminggu. |
Garam (natrium)
|
Daging merah yang diproses |
|
Biskut, coklat, aiskrim dll. |
|
Minuman manis |