Semua Tentang Kolesterol
(diubahsuai dari American Diabetes Association Toolkit No. 6, www.diabetes.org.)
Jika paras berada di luar sasaran, risiko penyakit jantung, serangan jantung, dan strok meningkat. Menguruskan lemak darah melibatkan perubahan pemilihan makanan dan meningkatkan aktiviti anda. Ada kalanya ubat mungkin diperlukan. Kolesterol turut dipengaruhi tekanan darah dan glukosa darah. Jika glukosa darah dan tekanan darah anda tinggi, kemungkinan paras kolesterol turut berada di luar sasaran.
Terdapat beberapa jenis lemak dalam darah.
- Kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ia boleh menyempitkan atau menyekat saluran darah anda. Saluran darah yang tersekat boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
- Kolesterol HDL atau kolesterol baik. Ia membantu mengeluarkan deposit daripada bahagian dalam saluran darah anda dan memastikan saluran darah anda tidak tersumbat.
- Trigliserida adalah satu lagi jenis lemak. Trigliserida yang tinggi meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.
Apakah sasaran yang disyorkan untuk lemak darah?
Lemak Darah |
Sasaran |
Kolesterol LDL |
Di bawah 2.6 mmol/L |
Kolesterol HDL | Di atas 1.0 mmol/L (untuk lelaki) |
Di atas 1.3 mmol/L (untuk perempuan) | |
Trigliserida | Di bawah 1.7 mmol/L |
Bagaimanakah saya tahu jika tahap paras lemak darah saya berada di luar sasaran?
Dengan melakukan ujian darah. Anda digalakkan memeriksa sekurang-kurangnya sekali setahun jika anda mempunyai diabetes atau lebih kerap jika tahap paras lemak anda berada di luar sasaran.
Apakah rawatan yang disyorkan?
Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan dapat membantu mengawal lemak darah. Rawatan berbeza bagi setiap individu. Sesetengah orang boleh mencapai sasaran lipid darah mereka dengan membuat perubahan gaya hidup, sesetengah yang lain perlu membuat perubahan gaya hidup serta mengambil ubat-ubatan. Bekerjasama dengan pengamal perubatan kesihatan anda untuk mencari rawatan yang sesuai bagi anda.
Apakah yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki bilangan anda ?
- Jika anda merokok, berhenti.
- Kurangkan berat badan jika perlu.
- Melakukan aktiviti fizikal dan senaman.
- Tukar kepada diet rendah lemak, kurang lemak trans dan kolesterol.
- Doktor anda juga boleh mempreskripsikan ubat untuk menurunkan kolesterol.
Ubat-ubatan
Tidak semua orang mengambil ubat lemak darah yang sama dan terdapat ramai orang yang mengambil lebih daripada 1 jenis ubat. Ubat yang diambil bergantung pada paras lemak darah anda dan faktor lain.
- Statins: menurunkan kolesterol LDL, meningkatkan tahap HDL, dan menurunkan tahap trigliserida. Kajian telah menunjukkan bahawa ia adalah jenis ubat terbaik untuk menurunkan kolesterol LDL.
- Derivatif asid fabrik, juga dikenali sebagai fibrates: mengurangkan trigliserida dan meningkatkan tahap HDL. Ia boleh menurunkan atau meningkatkan kolesterol LDL, atau tidak memberi kesan langsung terhadap tahap kolesterol LDL.
- Perencat penyerapan kolesterol: menurunkan kolesterol LDL dan trigliserida dan meningkatkanHDL.
- Asid nikotinik, atau niasin: menurunkan trigliserida, meningkatkan tahap HDL dan menurunkan kolesterol LDL.