Bagaimana untuk Membantu Orang Tersayang Menangani Diabetes

(http://ndep.nih.gov/media/NDEP
57_HelpALovedOne_4c_508.pdf
)

 

Apabila pesakit mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, mereka mampu untuk menguruskan diabetes mereka dengan lebih baik. 

Belajar tentang diabetes.

Terdapat banyak perkara untuk dipelajari tentang bagaimana seseorang yang menghidap diabetes boleh hidup dengan baik. Gunakan ilmu yang anda pelajari untuk membantu orang yang anda sayangi menguruskan diabetes.

  • Minta orang yang anda sayangi untuk mengajar anda tentang bagaimana dia menguruskan diabetes.
  • Sertai kumpulan sokongan—secara fizikal atau dalam talian—tentang hidup dengan penghidap diabetes. Rujuk dengan pihak hospital atau klinik kesihatan di kawasan anda.
  • Baca tentang diabetes dalam talian. 
  • Bertanya kepada pasukan pengamal perubatan kesihatan orang yang anda sayangi bagaimana anda boleh belajar lebih lanjut tentang pengurusan diabetes.

Tanya orang yang anda sayangi tentang cara menangani diabetes dan bagaimana anda boleh membantu.Contoh soalan:

  • Pernahkan anda berasa sedih atau tertekan tentang apa yang anda perlu lakukan untuk mengurus diabetes anda?
  • Adakah anda telah menetapkan matlamat untuk menguruskan diabetes anda?
  • Apakah perkara yang seolah-olah menghalang anda daripada mencapai matlamat anda?
  • Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu? (Contoh: Apakah perkara yang saya boleh lakukan untuk membolehkan anda hidup lebih mudah dengan diabetes? Jika anda mahu menjadi lebih aktif, adakah ia akan membantu jika kita berjalan bersama-sama?)
  • Adakah anda telah bercakap dengan pasukan pengamal perubatan kesihatan anda tentang penjagaan diabetes anda dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda?

Bagaimana anda boleh membantu.

  • Cari cara untuk membantu orang yang anda sayangi yang menghidap diabetes untuk mengurus tekanan hidup. Menjadi seorang pendengar yang baik adalah perkara paling penting yang boleh anda lakukan. 
  • Tanya orang yang anda sayangi sekiranya dia mahu diingatkan tentang perjumpaan dengan doktor, masa untuk membuat pemeriksaan gula darah dan masa untuk mengambil ubat.
  • Bantu orang yang anda sayangi menulis senarai soalan untuk pasukan pengamal perubatan kesihatan.
  • Makan dengan sihat. Bantu orang yang anda sayangi menyediakan makanan yang turut menyajikan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin lengkap.
  • Cari perkara yang boleh anda lakukan bersama-sama seperti berjalan, menari, atau berkebun. Menjadi aktif adalah cara yang baik untuk menangani tekanan.

Leave a Reply